Rabu, 21 Februari 2018

Interview kerja?

sekarang dah nak dekat hujung bulan 2
Memandangkan tahun ni aku decided nak kerja nak kumpul duit, so bulan satu haritu aku pun buatlah job hunting. Berikut adalah senarai tempat yang aku mntak:

  1. Kilang (2 tempat)
  2. Butik 
  3. Pasaraya
  4. kedai
  5. watson


Korang makhluk2 yang dah kerja dan sombong berlagak jangan memandai nak cakap graduan macam aku ni memilih kerja. (*maaf sebenarnya aku tengah mencarut ni) . aku dah turunkan tahap kepandaian aku supaya sama tahap kebodohan dengan korang yang spm hantar kertas kosong tapi dapat kerja kerajaan (Sarkastik ayat makcik aku yang selalu puji anak dia dapat jadi polis/ tentera walaupun spm conteng2).

Dalam banyak-banyak tempat tu hanya satu yang panggil interview. kilang. aku mohon jawatan operator pengeluaran tapi diaorang suruh pergi interview untuk QA.

Sebelum pergi tu ayah aku dah cakap dengan result hang yang gemilang dan terbilang tu..rasanya depa takot nak amik. takot aku berpindah. aku dah tua wei..dah melepasi umur yang orang tak mau amik kj... (maaf aku mencarut lagi)

Macam biasa dah tiga minggu selepas interview. gagal la tu maknanya interview tu kalau da tak contact. Buat korang yang nak tahu dia tanya apa ni soklannya

1. sekarang buat apa?
2. tahu tak ni kerja apa? skop tugas QA camne?
3. Tahu tak ni kilang wat apa?

tu je...tiga soalan tu pun aku dah tau dia tak berminat ngan aku... senang cerita aku ada six sense yang aku dapat agak aku takkan dapat kerja ni.

Aku nak cakap pasal butik d..m..m (maaf censored). Tarak guna itu butik. aku pergi dia kata selewat-lewatnya esok tahu da jawapan.
Tapi dalam masa yang sama dia cakap kat aku semalam punya permohonan pun dia tak sempat tengok lagi (sambil tunjuk kertas2 yang banyak kat tangan). Aku da suspect dah..celah mananya boleh tahu jawapan esoknya kalau semalam punya pun ko tak proses. baghal. Next few days aku round depan kedai tu..aik ada lagi iklan vacancy tu. macam nak bagi jari tengah je kat bos dia. takde disiplin!

aku rasa macam dah start putus asa. Lepas ni kalau dapat pergi interview..ada beberapa benda aku nak cakap

1. Cik agak-agak saya boleh dapat tak kerja ni? kalau tak dapat boleh bagi balik tak gambar saya tu. penat dah nk g cuci.
2. Sebelum start interview saya nak tanya...encik sebenarnya da ada orang ke untuk jawatan ni? interview ni di jalankan sesaja ke? kalau ye..saya nak balik. macam buang masa je utk teruskan
3. kelebihan saya? maaf saya takde kelebihan. otak takde,rupa takde. cable pun takde. Kalau cik rasa macam susah nak buat pilihan bagi balik segala sijil yang saya photostat. rugi berapa ringgit dah saya asik photostat je. kerja langsung tak dapat.
4. Jangan berlagak sangat boleh tak?

bagi makcik2 bawang yang berlagak pandai tu mesti korang yang baca ni akan cakap dengan perangai macam ko ni patut tak dapat kerja. Cuba ko letak diri ko kat tempat aku. cuba fikir apa perasaan ko yang dah turunkan tahap kepandaian ko semata-mata untuk minta kerja. Dari master aku turunkan pergi SPM. satu kerja pun tak dapat Jari tengah aku bagi kat ko. dan setiap kali kenduri orang tanya. Buat apa sekarang? Dah try minta kerja kat sini? sana dah mintak? kedai tu nak pakai orang tak mintak?

kalau ada sepuluh jari tengah, sebelas-sebelas aku bagi kat muka hangpa.

aku teringat ada orang pernah bagitahu aku, manager dia buang resume orang yang pandai sebab nak tolong orang yang kurang cerdik dapat kerja. piiiiigirah.
Manager dia bodoh sebab tu dia perlukan orang bawahan yang lebih bodoh
kesian.





Rabu, 3 Januari 2018

My SiSter & Me


sorry about my broken english. next time i want to do manglish (malay + english). it much easier i guess

Jumaat, 10 Februari 2017

PengaLaman Guru Tuisyen

minggu pertama mengajar ..alhamdulillah takde masalah

minggu kedua....


aku datang kelas macam biasa. lima minit sebelum kelas start.
aku pakai baju blouse hitam yang ada tali ikat belakang. ntah kenapa haritu aku makan banyak sangat jadi perut aku agak ke depan? tambah lagi dengan tali ikat belakang..adeh
perut aku pun sebenarnya tak berapa nak sihat haritu. tambah lagi dengan nenek aku yang baru meninggal, mood aku mengajar naik turun.

jadi selesai mengajar, aku suruh pelajar aku buat latihan. ada seorang pelajar perempuan ni namanya aina.

"cikgu dah kahwin? cikgu mengandung ke?"
aku pandang ke bawah. keadaan fizikal aku waktu tu mungkin menampakkan aku mengandung. 

"ye, saya mengandung" terpaksa cover sambil pegang perut.

"cikgu sejak mengandung ni, kerap marah-marah"

*facepalm!


----------------------------------------------------------------------------------

minggu ketiga

pelajar yang sama lagi bersuara

"cikgu dah kahwin ke?"

memandangkan mood aku baik harini aku berterus terang "eh taklah. saya tak kahwin lagi"

"ooo.."

"kalau awak kenal dengan sesapa yang ensem, kirim salam ye?"

"saya ada sorang abang. cikgu nak kenal?"

aku dah pelik dah waktu tu. 

"umur berapa?"

"darjah 6"

*hantukpalelajulaju

Selasa, 24 Januari 2017

PenGalaMan Bisnes Online

Baru beberapa hari lepas aku decide untuk berniaga online. 
Almaklumlah tak bekerja (Kerja part time tak kira kan?)
Memandangkan aku kedekut bab nak keluarkan modal, jadi aku decide untuk jual baju dalam almari kakak aku. Mohon jangan salah faham. Kakak aku dah kahwin, jadi baju dalam almari tu dia tak nak dah. Jadi dari terbiar usang dalam almari, bukan ke lebih baik jual, tak pun bagi orang?

Jadi aku mulakan menjual dengan baju yang paling cantik bagi aku. 
YES! ^^ memang ramai yang mesej nak baju tu tapi.....

"bahu i 17.. fit x?"
" ala...saya pakai saiz 46"
" dia long sleeve ke? atau 3/4?

*tepuk dahi!

tak senang rupanya menjual online ni. Nak menjawab soalan diorang punya pasal aku gigih la mengukur bahu, tangan, dada, panjang.



nampak tak usaha aku kat situ?
aku belajar dari kesilapan.
aku bubuh ukuran siap-siap dalam iklan.

bak kata mak aku "nak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

alhamdulillah..selepas bersusah payah akhirnya terjual jugak blouse tu dengan harga RM12.70

Jadi aku tukar pulak ke blouse putih mak aku. Dia kata tak nak dah. pakai cuma sekali. Aku sebenarnya nak letak harga RM10 je. Baju bundle kan.. mana boleh mahal-mahal. Tapi mak aku kata sayang sebab dari indonesia ada labuci-labuci lagi. Condition pun elok lagi. Mak kata Rm25 tak termasuk pos. aku abaikan mak aku. aku decide letak harga RM13 tak termasuk postage Rm7. tu je plg mahal aku boleh kasi. Kira total RM20. aku bincang dengan mak aku elok-elok. 
alhamdulillah..

Selepas beberapa jam ada orang mesej..

" fabrik apa ye?"
"Jarang la ye?"
" I bayar duit pos RM4, u bayar Rm 3"

Berasap je hati ini.
Bersusah- payah aku dapat harga murah dari mak aku, ko boleh pulak decide ikut suka. Aku dah letak iklan harga RM20 termasuk postage kot. Ko boleh pulak mintak nak RM17. aku tak salahkan dia.. tapi kita kan orang Malaysia. BERADAB!. tak boleh ke dia cakap

" boleh mintak kurang x?"
"akak nak diskaun tak boleh ke..hehe?"

Ni x.. ko main decide ikot suka ko je..
Aku sebelum ni beli online pun aku tak kurang asam macam tu..aku terima seadanya berapa pun orang tu jual ^^v


Sebab aku fikir orang tu pun nak cari makan kan?

sebab aku taklah terdesak sangat nak pakai duit, aku pun explain kat dia kenapa tak boleh dan akhiri dengan

"maaf ye puan. mungkin takde rezeki. terima kasih"


 Memang Customer always right, tapi tak semestinya penjual selalu salah.

penjual pun kena jaga adab, jangan sombong sangat.
Pembeli pun x salah kan kalau korang pun belajar beradab dan bersopan?






Jumaat, 20 Januari 2017

LaB CoaT untuk di jual

waktu aku kemas almari baju tetiba terjumpa pulak baju lab coat waktu belajar dulu kat universiti X. Sayang pulak nak buang. "Kenapa tak bagi  kat sedara-mara dan jiran tetangga? "


Ada yang belajar sampai universiti tapi bukan amik aliran Sains.
Ada yang habis SPM tapi tak minat nak amik Sains
dan Ada yang tak sambung belajar

Jadi tinggal la lab coat ini di dalam almari baju aku

Oleh itu aku mengambil keputusan untuk menjual lab coat ini dengan harga hanya  RM20 ringgit

Oleh itu jika anda berminat untuk membeli terutama kepada adik-adik yang nak masuk Universiti dan bakal ambil Course Sains jangan membazir beli lab coat kt U. Meh beli kat akak. RM20 ringgit je. Saiz XL.

Condition masih ok. jangan risau. 
Student Sains masuk Lab bukannya main sukan sampai nak koyak rabak bagai.


Kalau berminat meh msg akak 01120796449

Jumaat, 11 November 2016

surat seribu sesalan bersalut cheesekut














saya ada membuat perkhidmatan menjual cheesekut di sekitar taiping, bagan serai dan parit buntar.. sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di rose -01120796449.
tempahan melebihi 30 bersaiz 4"x4" hanya dikenakan bayaran rm4.30 setiap satu ^^