Rabu, 21 Februari 2018

Interview kerja?

sekarang dah nak dekat hujung bulan 2
Memandangkan tahun ni aku decided nak kerja nak kumpul duit, so bulan satu haritu aku pun buatlah job hunting. Berikut adalah senarai tempat yang aku mntak:

  1. Kilang (2 tempat)
  2. Butik 
  3. Pasaraya
  4. kedai
  5. watson


Korang makhluk2 yang dah kerja dan sombong berlagak jangan memandai nak cakap graduan macam aku ni memilih kerja. (*maaf sebenarnya aku tengah mencarut ni) . aku dah turunkan tahap kepandaian aku supaya sama tahap kebodohan dengan korang yang spm hantar kertas kosong tapi dapat kerja kerajaan (Sarkastik ayat makcik aku yang selalu puji anak dia dapat jadi polis/ tentera walaupun spm conteng2).

Dalam banyak-banyak tempat tu hanya satu yang panggil interview. kilang. aku mohon jawatan operator pengeluaran tapi diaorang suruh pergi interview untuk QA.

Sebelum pergi tu ayah aku dah cakap dengan result hang yang gemilang dan terbilang tu..rasanya depa takot nak amik. takot aku berpindah. aku dah tua wei..dah melepasi umur yang orang tak mau amik kj... (maaf aku mencarut lagi)

Macam biasa dah tiga minggu selepas interview. gagal la tu maknanya interview tu kalau da tak contact. Buat korang yang nak tahu dia tanya apa ni soklannya

1. sekarang buat apa?
2. tahu tak ni kerja apa? skop tugas QA camne?
3. Tahu tak ni kilang wat apa?

tu je...tiga soalan tu pun aku dah tau dia tak berminat ngan aku... senang cerita aku ada six sense yang aku dapat agak aku takkan dapat kerja ni.

Aku nak cakap pasal butik d..m..m (maaf censored). Tarak guna itu butik. aku pergi dia kata selewat-lewatnya esok tahu da jawapan.
Tapi dalam masa yang sama dia cakap kat aku semalam punya permohonan pun dia tak sempat tengok lagi (sambil tunjuk kertas2 yang banyak kat tangan). Aku da suspect dah..celah mananya boleh tahu jawapan esoknya kalau semalam punya pun ko tak proses. baghal. Next few days aku round depan kedai tu..aik ada lagi iklan vacancy tu. macam nak bagi jari tengah je kat bos dia. takde disiplin!

aku rasa macam dah start putus asa. Lepas ni kalau dapat pergi interview..ada beberapa benda aku nak cakap

1. Cik agak-agak saya boleh dapat tak kerja ni? kalau tak dapat boleh bagi balik tak gambar saya tu. penat dah nk g cuci.
2. Sebelum start interview saya nak tanya...encik sebenarnya da ada orang ke untuk jawatan ni? interview ni di jalankan sesaja ke? kalau ye..saya nak balik. macam buang masa je utk teruskan
3. kelebihan saya? maaf saya takde kelebihan. otak takde,rupa takde. cable pun takde. Kalau cik rasa macam susah nak buat pilihan bagi balik segala sijil yang saya photostat. rugi berapa ringgit dah saya asik photostat je. kerja langsung tak dapat.
4. Jangan berlagak sangat boleh tak?

bagi makcik2 bawang yang berlagak pandai tu mesti korang yang baca ni akan cakap dengan perangai macam ko ni patut tak dapat kerja. Cuba ko letak diri ko kat tempat aku. cuba fikir apa perasaan ko yang dah turunkan tahap kepandaian ko semata-mata untuk minta kerja. Dari master aku turunkan pergi SPM. satu kerja pun tak dapat Jari tengah aku bagi kat ko. dan setiap kali kenduri orang tanya. Buat apa sekarang? Dah try minta kerja kat sini? sana dah mintak? kedai tu nak pakai orang tak mintak?

kalau ada sepuluh jari tengah, sebelas-sebelas aku bagi kat muka hangpa.

aku teringat ada orang pernah bagitahu aku, manager dia buang resume orang yang pandai sebab nak tolong orang yang kurang cerdik dapat kerja. piiiiigirah.
Manager dia bodoh sebab tu dia perlukan orang bawahan yang lebih bodoh
kesian.