Jumaat, 10 Februari 2017

PengaLaman Guru Tuisyen

minggu pertama mengajar ..alhamdulillah takde masalah

minggu kedua....


aku datang kelas macam biasa. lima minit sebelum kelas start.
aku pakai baju blouse hitam yang ada tali ikat belakang. ntah kenapa haritu aku makan banyak sangat jadi perut aku agak ke depan? tambah lagi dengan tali ikat belakang..adeh
perut aku pun sebenarnya tak berapa nak sihat haritu. tambah lagi dengan nenek aku yang baru meninggal, mood aku mengajar naik turun.

jadi selesai mengajar, aku suruh pelajar aku buat latihan. ada seorang pelajar perempuan ni namanya aina.

"cikgu dah kahwin? cikgu mengandung ke?"
aku pandang ke bawah. keadaan fizikal aku waktu tu mungkin menampakkan aku mengandung. 

"ye, saya mengandung" terpaksa cover sambil pegang perut.

"cikgu sejak mengandung ni, kerap marah-marah"

*facepalm!


----------------------------------------------------------------------------------

minggu ketiga

pelajar yang sama lagi bersuara

"cikgu dah kahwin ke?"

memandangkan mood aku baik harini aku berterus terang "eh taklah. saya tak kahwin lagi"

"ooo.."

"kalau awak kenal dengan sesapa yang ensem, kirim salam ye?"

"saya ada sorang abang. cikgu nak kenal?"

aku dah pelik dah waktu tu. 

"umur berapa?"

"darjah 6"

*hantukpalelajulaju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan